''Anis,tak sangka aku kau dah kahwin.Aku harap,lepas ni giliran aku lah pula ye.’Amnur merenung ke arah rakannya itu.Beralih pula ke muka tunangnya,Azeem.
‘Ya,Insya-Allah,kalau ada jodoh,tak kemana lah.Jangan lah lama-lama sangat tunang.Kahwin terus kan senang,macam aku ni.’Anis tersenyum.Perkahwinannya pada hari ini meriah dengan kehadiran teman-teman lamanya.Dia sendiri tidak menyangka dapat bertemu mereka kembali selepas 8 tahun terpisah.Usia telah mematangkan mereka.
Farahin,seorang gadis yang dulunya comot sudah berkahwin lebih awal daripada mereka.Dia sudah menimang seorang cahaya mata.’Comel,macam mak dia.Muka arabic sungguh.’Komen Anis apabila melihat Muhd Farhan Kamal,anak sulung Farahin.
Bella masih mencari jodoh.Perusahaan agensi ‘CARI JODOH’ yang dibuka mendapat sambutan.Sofea telah mendapat jodohnya di situ.Alhamdulillah.
Damia akan melangsungkan perkahwinannya pada minggu hadapan.Hafidzah pula baru sahaja dilamar kekasihnya.Yang lain,masih di peringkat cintancintun.Zulaika?Mantain single.:P LOL
‘Eh Anis,hensem lah laki kau.Mana kau dapat?Carikan lah untuk aku satu.’Liyana tersengih.’Hensem?hehe..Kau cari lah sendiri.Tak kan,dekat Jordan tak ada pakwa hensem kot?’
‘Tu lah pasal.Yang hensem tu ada,tapi mak aku pula tak kasi.Dia kata,jauh sangat lah .Apa lah.Ish,ish..’Nana sudah mengeluh.’Erk,apa kata kau cuba agensi ‘cari jodoh’ Bella.Aku dengar Sofea dah sangkut.’Nik tersengih.’Boleh juga.Kau join lah sekali Nik.’Nana bersungguh memujuk Nik.
‘Ati,kan dah malam ni.Suami kamu dah lama masuk bilik.Katanya tadi sakit perut.Kamu ni...Kawan-kawan kamu tak hilanglah.Kan diaorang dah janji nak tidur dekat sini.Esok,sambung lah cerita.Ibu tahu kamu dah lama tak jumpa.’Puan Faizah sudah membebel.
Mana taknya,si Ji Hoon dah lama masuk ke bilik pengantin.’Ye lah bu.Ji Hoon tu nak ngada-ngada lah tu.Sakit perut konon.Tadi Ati tengok dia oke je.’Ati,nama timangannya dalam keluarga.
‘Eh,budak ni.Melawan pula dia.Ati,Adam tu dah jadi suami kamu tau.Mana boleh kamu cakap macam tu dekat dia.Ingat,syurga bawah telapak kaki suami.Jangan menolak keinginan suami kamu.Lagipun,nama dia sedap.ADAM.Yang kamu panggil dia Ji Hoon tu kenapa?’Puan Faizah sudah berleter.
‘Hehe.Dah terbiasa bu.Diakan bos Ati.Masa first time Ati tengok dia,memang macam Joo Ji Hoon.Dia tak marah Ati panggil dia macam tu.Jadi kira oke lah kan.Tak kan nak panggil ‘abang’?Gelilah.Umur Ati dengan dia sama.’Anis masih mempertahankan pendapatnya.
‘Ish,suka hati kamulah nak.Ibu dah malas layan.Dah pergi cepat.Ibu rasa dia dah lama tunggu kamu dekat bilik.’Puan Faizah sudah malas melayan anaknya itu.Terus sahaja dia berlalu ke dapur.Masih banyak urusan yang perlu dia selesaikan.
‘Anis,kau tak takut ke ‘malam pertama?’Haha..Alia sudah mengekek ketawa.’Tak sakit lah.Rasa macam kena gigit semut je.’Kata Farahin sambil mengendong anaknya.’Untunglah,orang tu ada pengalaman’Kata Atiqah sambil menjeling ke arah Farahin.Terhambur ketawa mereka.’Anis,kau kena praktikkan apa yang aku ajar.Buat betul-betul.’Ain memberi kata semangat.’Lain macam je aku tengok kau punya ayat ni Ain.Macam pernah try je.’Amirah menggeleng-geleng.’Macam tak kenal.Biasalah,Ain ni sebenarnya tak sabar dah ni malam pertama dia.’Najihah pula membahan.
Merah muka Ain menahan malu.’Eh,dah la tu.Cepat pergi masuk bilik pengantin kau.’Dila menolak-nolak Anis.’Korang ni biar betul?Aku takut lah.’Anis mula takut.''Rileks la,aku kan ada.Aku boleh teman kau.''Zulaika senyum gatal.Semua memandang ke arahnya.'Err,I mean aku teman sampai luar pintu la.Tak kan nak masuk sekali''Zulaika cover.
‘Oke,oke.Aku pergi sekarang.’Anis memberanikan diri.Perlahan dia menaiki tangga.’ANIS,CHAYOK!’.Mereka memberikan kata semangat dan melihat rakannya itu lenyap dari pandangan mereka.
‘Haish,agak-agak.Bila lah aku punya giliran nak masuk bilik pengantin?.’Intan monyok saja.’Tak lama lah tu.Tapi,gatalnya kawan aku ni.’Linda mencubit bahu Intan itu.Macam-macam lah korang ni.
‘Tok,tok..’Anis mengetuk pintu bilik.’Assalamualaikum suamiku.Saya masuk ya.’Berdebar hatinya.Perlahan pintu dikuak.’Eh,Ji Hoon.Kenapa ni?Ya Allah..’Terkejut dia melihat Ji Hoon.Berguling-guling di atas katil.’Kenapa ni?’Tanyanya lagi.Dia mendekati Ji Hoon.’Saya sakit perutlah.’Ji Hoon menahan kesakitan.
‘Eh,pergi lah yak.’Anis membuat muka blur nya itu.’Kalau saya nak berak,tak payah nak tunggu izin awak lah.’Ji Hoon menarik hidung Anis.’Apa punya suggestion lah bini aku ni.’Katanya sendiri.’Kejap,kejap.Saya pergi ambil minyak angin.’Cepat cepat Anis pergi ke meja kecil biliknya itu.
‘Dah,sekarang awak baring.’Anis sudah berdiri di tepi katil.’A..a.awak nak buat apa ni?Saya ni suci tau.’Ji Hoon suda tersengih-sengih.’Ish,dia ni.Saya buat betul-betul karang,tahu lah.Cepatlah baring.Kata sakit perut.Meh saya urutkan meh.’Anis cuba memujuk.
‘Tak payah lah.Urut bahu saya ni cukup lah.’Muka Ji Hoon sudah cuak.’Perut yang sakit,bahu pula dia suruh kita urut.Cepat je la.Awak ni kenapa?Malu dengan saya ke?’Hehehe..Anis tersenyum sendiri.
‘Mana ada saya malu.Yela,saya baring.’Ji Hoon berbaring perlahan.’Oke,saya buka ya baju awak.hehe..’Anis sudah malu.Ditekup mukanya dengan tangan.’Eeh,tadi dia yang sibuk sangat nak urut,ni siap tutup-tutup muka pula.’Ji Hoon ketawa.’Saya malu lah awak.Yela,ni first time saya tengok aurat awak.Tengok perut awak.Selama ni,saya pernah tengok perut mak saya je.’Anis sudah mencebik.
‘Hahah..Yela,cepatlah.Kata nak urut tadi.’ ‘Yela,saya buatlah ni.Perlahan dia menekan perut Ji Hoon.Ditekapnya telinganya ke perut Ji Hoon.’Eh,awak.Saya dengar dia cakap.Dia kata awak tak makan.Sebab tu perut banyak angin.’Anis mendengar bunyi bunyi pelik dari perut Ji Hoon tu.Bunyi?haha..
‘Haha..Ketawa Ji Hoon terhambur.’Tak makan awak kata?Tadi siang awak suap nasi dekat mulut saya punya lah banyak.Tak cover langsung.''
‘Eh,ya ke?Tak perasan pulek.Hehe..Tapi awak suap saya sikit sangat.Awak ingat tak masa sesi photographer tadi saya lambat?Hehe..Sebenarnya masa tu,saya tengah makan dekat dapur.Lapar gila wak.Tadi sebelum akad nikah,saya tak makan.Berdebar sangat.’Anis bersungguh cerita.
Ji Hoon tersenyum mendengar itu.’Apa lah awak ni,kalau lapar,cakaplah dengan saya.Biar saya temankan awak makan tadi.Eh,dah la tu.Perut saya sebenarnya tak ada lah sakit sangat.’Ji Hoon memegang perutnya.’Saya gimik je.Nak suruh awak naik cepat.Berborak dengan member sampai lupa suami.Ingat tak pesan ibu awak tadi?’Ji Hoon ingin menguji Anis.
‘Yang mana ye?Tak ingat lah.’Anis sengaja membuat muka seposennya.Masakan dia lupa,pesanan ibunya panjang berjela.Seminggu sebelum mereka berkahwin.ibunya asyik memberi nasihat yang sama.’Jangan tolak permintaan suami,hormat suami''
''YE!saya ingat lah awak.’Anis berkata setelah melihat Ji Hoon menarik muka.
‘Ni sekarang awak makin mengada-ngada ye?Siap dah pandai merajuk lagi tu.Siapa lah ni yang ajar?’Anis pula yang merajuk.’Aik?kita nak suruh dia pujuk,sekarang ni terbalik pula.Alolo,janganlah merajuk Puteri Lily.Nanti dah tak sweet la.’Ji Hoon tersenyum.
Lucu hatinya melihat puteri Lily miliknya itu muncung sedepa.Kalah itik belakang rumah.’Sweet,sweet?Apa awak ingat saya ni susu lemak sweet ke?ish,ish..cubit perut awak nanti tahu lah’Anis sudah mengugut.
‘Berani awak ye?Tapi tadi memang perut saya sakit lah.Si Reza ajak saya minum kopi.Sampai 3 cawan kiteorang minum.’Ji Hoon merenung wajah Anis.Tiba-tiba sahaja terlintas idea untuk mengenakan isterinya itu.
‘Kopi?patutlah mulut awak bau kopi.Yang awak minum banyak-banyak tu siapa suruh?’Anis masih tidak berpuas hati.’Yela,saya nak ikut nasihat yang si Reza turunkan.Dia cakap bau kopi dalam mulut boleh hilang dalam sekelip mata tanpa menggosok gigi or makan chewing gum.’Panjang lebar Ji Hoon menerangkan kepada isterinya.
‘Eh,ya ke?Macam mana?Selama ni saya kalau minum kopi,eh sy memang tk minum kopi sbb bau tak sedap lol..hehe..tp macam mana nk hilangkan?’Anis bertanya.Dia hairan juga.’Teka lah kalau pandai.’Ji Hoon masih mahu bermain tarik tali bersama Anis.’Hmm,pakai apa ye?''
Anis memandang ke sekeliling bilik.Ji Hoon tersenyum melihat gelagat isterinya itu.’Oke,oke.SURRENDER!saya tak tahu lah awak.Apa dia sebenarnya ni?’Anis sudah give up.Apalah agaknya yang si Reza punya petua ni?’Tanya Anis sendiri.
‘Benda tu bukan benda.’Ji Hoon memberi jawapan.’Maksudnya?’Anis masih bingung.’Betul nak tahu ni?’Ji Hoon inginkan kepastian.’Betul lah.’Anis bersunnguh.’Oke,sekarang tutup mata.’Ji Hoon memberi arahan.‘Perlu ke?’Anis semakin pelik.’Perlulah.Saya takut awak terkejut pula nanti.Cepatlah.’Ji Hoon sudah bersedia.
Perlahan Anis menutup matanya.Tiba-tiba dia merasakan bibirnya menyentuh bibir Ji Hoon.Lembut.Rasa dan bau kopi di dalam mulut Ji Hoon terasa benar di lidahnya.Perlahan Ji Hoon menarik Anis ke dalam dakapannya.Bulat mata Anis melihat Ji Hoon.Dia dapat merasakan Ji Hoon sedang tersenyum.Indah benar perasaan ini.Nafasnya turun naik menahan malu.Kali pertama dicumbu,masakan dia boleh selesa.Tapi Anis mengikut sahaja rentak Ji Hoon.Mereka melayan perasaan masing-masing.Diusapnya rambut Ji Hoon.'Mungkin ini lah nikmatnya berkahwin.'Desis Anis sendiri.
Perlahan Anis menutup matanya.Tiba-tiba dia merasakan bibirnya menyentuh bibir Ji Hoon.Lembut.Rasa dan bau kopi di dalam mulut Ji Hoon terasa benar di lidahnya.Perlahan Ji Hoon menarik Anis ke dalam dakapannya.Bulat mata Anis melihat Ji Hoon.Dia dapat merasakan Ji Hoon sedang tersenyum.Indah benar perasaan ini.Nafasnya turun naik menahan malu.Kali pertama dicumbu,masakan dia boleh selesa.Tapi Anis mengikut sahaja rentak Ji Hoon.Mereka melayan perasaan masing-masing.Diusapnya rambut Ji Hoon.'Mungkin ini lah nikmatnya berkahwin.'Desis Anis sendiri.
‘KRING,KRING!!!!!’Mereka tersentak.’Bunyi apa pula tu?’Anis terkejut.Bunyi berdering.Setahu dia,henfonnya berada di bilik ibunya.’Ish,kacau betul lah.Saya rasa bunyi ni dari sana lah wak.’Ji Hoon berpaling ke arah longgokan hadiah yang mereka terima.Pantas mereka ke turun dari katil sambil mencari hadiah yang berbunyi itu.Mereka tidak mahu mengganggu tetamu yang lain tidur.
‘Awak,bunyi tu dari kotak ni.’Anis membuka balutan hadiah itu.Semua hadiah yang mereka terima sudah berterabur di atas lantai.’Ya Allah,siapa yang bagi jam loceng ni?’Anis sudah menggeleng lalu terus mematikan bunyi jam itu.’Ni,ada note.’Kata Anis dan terus membacanya.
Terhambur ketawa mereka melihat note itu.’Kurang asam kau kawan.Jaga kau esok.’Anis mengekek ketawa lagi..
’Sory lah kawan kacau kau pagi-pagi macam ni,tapi baru pukul 1 pagi.Malam masih muda.Jangan nak gelojoh sangat lah.'From- BADGE 2011,3B
’Sory lah kawan kacau kau pagi-pagi macam ni,tapi baru pukul 1 pagi.Malam masih muda.Jangan nak gelojoh sangat lah.'From- BADGE 2011,3B
Kedengaran suara mereka yang mengenakan Anis dan Ji Hoon sedang ketawa di luar bilik.Kalau diikutkan hati,mahu sahaja Anis mengeluarkan buku limanya ke mereka malam itu juga.Tapi dia telah terbuai dalam keindahan cinta.Dipeluknya erat suaminya itu.
*Weyh korang,ni semua nama budak kelas ada dlam ni.Aku tk tahu doe nk buat cite apa.haha..well,mengarut jugak sbnrnya :P apa2 je la.jgn marah pulak lol..oh ye,thanks for everything.i will miss our badge :( miss u guys.I love Joo Ji Hoon :D
My second cerpen..Hm,rindu classmates lama sbb tu copy paste yg ni.cerita yg penuh dengan imagination.lol..cite yg aku tak kan sambung and tak kan tahu ending dia.Asyk fikir kawen je.SIGH -,-